Wednesday, 25 April 2012

Kenapa Anda Makan Banyak

0 comments

Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali! 


Pastinya anda pernah mengalami situasi dimana anda baru sahaja lepas makan tetapi anda
cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak
baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan
dan kegemukkan.
Tahukah anda, apakah punca yang menyebabkan anda nak makan banyak kali?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis


Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa
kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia
menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat
makanan yang secukupnya. Jadi ini yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi
walaupun baru sahaja lepas makan.

(2) Makan makanan bertin


Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut
mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan
banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.


(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi


Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan selama 4 tahun mendapati bahawa
seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan
meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang
mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan
seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.


(4) Tidak makan sayur-sayuran


Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama
dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.


(5) Tidak minum teh kurang gula


Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas
makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat
mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak


Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak

Leave a Reply

Labels