Rumah Eel Marsh tidak lagi berpenghuni kerana semua pemiliknya mati secara mengerikan. Kononnya, ada seorang wanita yang menghuni rumah besar itu, dianggap sebagai punca kematian anak-anak kecil secara misteri di Crythin Gifford.
Bekerja sendirian di rumah agam lama itu, Kipps mula menyelongkar rahsia tragik pekan terbabit dan ketakutannya memuncak apabila dia mendapati kanak-kanak tempatan mati dalam keadaan misteri.
Kalau anda nak tahu siapa women in black dan apa kaitannya dengan kejadian-kejadian misteri itu, pastikan anda tonton filem lakonan Daniel Radcliffe, Ciaran Hinds dan juga Liz White ini!
The Woman in Black berdasarkan novel keluaran 1983 tulisan Susan Hill.
