Wednesday, 25 April 2012

Terlalu dalam perhubungan

0 comments



Sikap ‘Terlalu’ Yang Mesti Dijauhi Dalam Hubungan


Sikap ‘terlalu’ ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin
dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang
berulang pada sesebuah hubungan.
Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala ‘terlalu’ dalam diri
kita.
10 ‘terlalu’ yang membahayakan ini ialah:

1. Terlalu Manja.
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang
menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.
Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak
kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk
di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup.
Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi. Padahal
komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki
mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka.
Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka
juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang terlalu terbuka biasanya
mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia dan yang
lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet.
Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu
cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat
dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan
“Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif.
Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas
untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan
cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan
bebas.

Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga
pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong.
Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk
menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk
menjadi dirinya sendiri.
Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan
atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan
berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh.
Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya.
Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh
sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.

Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu
perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu
tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki.
Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih
kamu, namun bukan milik peribadi kamu.

Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan
oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjungi.
Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan
hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.

Leave a Reply

Labels