Wednesday, 25 April 2012

Smartphone dari Dell

0 comments






Dell merancang untuk mengelurkan smartphone model baru dalam tahun 2012, namun tarikh serta jangka untuk Dell melancarkan smartphone terbaru itu tidak diberitahu. Perkara ini disahkan oleh Ezra Gottheil, Pegawai Penganalisa Senior di Bahagian Kajian Teknologi Perniagaan Dell. Dia turut mengesahkan berita bahawa Dell akan mengeluarkan tablet Windows 8 mereka hujung tahun ini, Dell tidak memilih mana-mana sistem operasi tertentu untuk dimasukkan ke model baru smartphone mereka, pengguna mungkin akan melihat Dell mengeluarkan model smartphone baru Windows Phone beserta smartphone Android baru dalam masa yang sama sebab kedua-duanya dilihat mendapat sambutan sepertimana model dari jenama lain – Nokia dan Samsung. Sebelum ini, Dell telah memperkenalkan smartphone Venue Pro dan Venue dimasukkan dengan Windows Phone 7 serta memasarkan Streak (smartpone Android) sepanjang 2011, kini telah dihentikan pengeluaran kedua-duanya.

Leave a Reply

Labels