Wednesday 25 April 2012

Tanaman Herba

0 comments



Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan sumber khazanah alam semulajadi dan sesuai dijadikan sebagai pusat penghasilan dan perubatan herba tradisional secara komersial. Usaha memperkembangkan industri ini memerlukan penglibatan petani dan pengusaha sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Bagi pengusaha tanaman herba, mereka mudah untuk mendapatkan tanaman ini terus dari kawasan hutan atau melakukan proses perkembangbiakan tanaman daripada benih yang diperolehi.Tanaman herba yang diperolehi akan digunakan sebagai bahan dalam perubatan herba tradisional. Industri perubatan herba tradisional di Malaysia diyakini mampu meningkatkan sumber ekonomi negara.
Malaysia memiliki sebanyak 7,000 spesies tanaman herba yang berkhasiat. Walau bagaimanapun, khasiat tanaman herba masih belum dapat dlmanfaatkan sebaik mungkin dalam mengubati sesuatu penyakit. Keadaan ini amat merugikan masyarakat secara Umumnya dan juga perkembangan ekonomi negara. Bagi If bahagian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu, mereka menganggap kaedah rawatan melalui ptnggunaan tanaman herba merupakan satu kaedah ptrubatan tradisional bersifat alternatif yang memiliki ktunggulan dan keunikan yang tersendiri.
Kesedaran tentang bahaya penggunaan bahan-ian kimla yang terkandung di dalam ubat-ubat moden inyebabkan masyarakat klni berallh untuk kembali menggunakan khazanah alam secara semulajadi. Dalam bidang perubatan pula, keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan tanaman herba semakin penting dan bernilai di mata masyarakat. Malangnya, sehingga kini, penghasilan tanaman herba hanya dilakukan secara sederhana kerana ia hanya digunakan sebagai bahan asas dalam penyediaan ramuan ubat tradisional. Ini menyebabkan wujudnya masalah dalam memenuhi permintaan di pasaran tempatan dan tahap kualiti eksport herba ke luar negara.
Masyarakat kini memerlukan tanaman herba dalam kuantiti yang besar. Bagi mengatasi masalah kekurangan tanaman herba untuk memenuhi keperluan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan sebagai contohnya; usaha pembiakan tanaman herba yang dilakukan dalam skala yang lebih luas. Malah, telah ada usaha-usaha manusia untuk mengumpul dan menanam tanaman herba atau ubatan dalam satu kebun atau taman (seperti di UKM, USM dan FRIM) bagi menyelamatkan spesies tanaman yang penting daripada terus pupus akibat proses pembangunan fizikal yang kian pesat. Kebanyakan daripada usaha-usaha mengkebunkan tanaman ini dibuat berdasarkan klasifikasi jenis penyakit (pengelasan farmasi). Usaha ini juga bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis tanaman yang ditanam agar spesies atau genera tanaman utama dapat terus dipelihara dan terpelihara.

Leave a Reply

Labels