Friday, 20 April 2012
Telefon Bimbit Tag Heuer
Bila sebut Tag Heuer, yang terlintas dalam fikiran kita adalah produk jam tangannya yang bergaya dan eksklusif.
Namun ramai yang tak tahu, selain daripada jam tangan, syarikat itu
juga ada menghasilkan cermin mata dan yang terbaru, telefon bimbit.
Mengambil inspirasi daripada Formula 1, syarikat tersebut menghasilkan telefon pintar Android yang dikenali sebagai Racer.
Menariknya, Tag Heuer Racer didatangkan dengan kerangka luar tahan
gegaran (shockproof rubber chasis) yang diperbuat dari bahan tahan lasak
iaitu karbon fiber dan titanium.
Tag Heuer mendakwa telefon pintar Racer ini dikuasakan oleh cip
prosessor berkelajuan tinggi, menggunakan Android versi terbaru (merujuk
kepada Android 4 Ice Cream Sandwich), memiliki interface 3D boleh
diubah tetapannya mengikut kemahuan pengguna.
Apapun Tag Heuer Racer hanya akan dijual melalui ‘butik-butik mewah’
serta penjual jam dan berlian terpilih (selected watch and jewellery
retailers) bermula Julai 2012 ini.
Pada yang ‘hantu’ telefon bimbit dan sanggup berhabisan duit kerananya, Tag Heuer Racer mungkin tidak boleh dilepaskan.
Tetapi sebelum itu, ingin diingatkan yang harganya dijangka mencecah RM12,000 seunit, ada berani?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































