Monday 7 May 2012

BISIKAN SIRR #11

0 comments



[11] ✿ܓ♥ PENAWAR DERITA

Hidup ini penuh penderitaan; disakiti dikhianati, difitnah, dimusuhi dan pelbagai musibah yang mendatangi, kehilangan harta benda, orang kesayangan, pangkat dan hancurnya impian.

Suatu ketika dulu, seorang raja di Indonesia menghadapi suatu musibah. Anak kesayangannya meninggal dunia, lalu hancur luluh dan gelaplah pandangan raja dan permaisuri. Mereka hidup dalam duka kesedihan, sehinggakan rakyat merasai kesannya dan tiada ditemui ubat untuk membantu mereka. Namun setiap penyakit ada ubatnya. Penyakit zahir diubat secara zahir, penyakit rohani diubat secara rohani. Dengan kekendak ALLAH datang kepada mereka Syeikh Abdul Wahab Rokan, seorang ulama sufi yang masyhur ketika itu. Syeikh mengajak baginda berdua bersuluk (beruzlah dengan berzikir dan bertafakkur dengan kaedah yang diajar oleh Guru untuk mencapai darjat makrifat) agar dengannya segala duka nestapa terangkat daripada hati mereka. Raja dan permaisuri yang berduka itu bersetuju dan jadilah keduanya murid yang baik. Setelah mereka menjalani suluk, terubatlah hati mereka bagaikan disapu luka kedukaan itu dengan tangan ghaib yang menyembuhkan. Kehidupan merka kembali gembira.

Imam Ghazali rahimahullah juga pernah mengalami konflik jiwa yang hebat dalam kehidupannya. Walaupun beliau seorang ulama yang tersohor, namun hati nuraninya gelisah kerana dirasakan dirinya munafiq dengan iLmunya. Akhirnya beliau terjun ke dalam lautan sufi, beruzlah dengan berzikir dan bertafakkur di bawah bimbingan gurunya yang mursyid. Di situ dia menemui jawapan dan ubat yang memberi kesembuhan kepada jiwanya.

Tiada ubat lain untuk menyembuhkan penderitaan dan musibah, melainkan menenggelamkan diri dengan ALLAH melalui ibadah, zikir, tafakkur, mujahadah dan mendengar tazkirah sang sufi. Dengannya insya-Allah, akan terbuka cahaya makrifat pada hatimu. Ia membawa dirimu tenggelam dalam lautan Tauhid yang suci dan hening. Kedukaan akan bertukar kepada kesyukuran, derita bertukar kepada bahagia. Carilah penawar dalam rahsia-Nya dan dengan para kkasih-Nya. Jangan berpaling dari wajah-Nya, kerana di situlah penawar dalam mengharungi bahtera dunia penderitaan.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

" Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh bermujahadah (jalan untuk makrifat) kepada Kami, nescaya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang makrifat itu)..." [AL-Ankabut: 69]

Leave a Reply

Labels