Friday, 18 May 2012
Cinta Lewat Usia
DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.
Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta,
sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan
sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan
prioritasnya, ia jelas berbeza.
Usia 30-an
Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan
mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda
seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di
tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.
Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.
Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh
cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan
selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas
daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini
seharusnya diterapkan.
* Tentukan batas waktu
Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan
tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta
pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.
Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi
menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain
untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.
Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.
Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga
untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan
perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.
* Fleksibel
Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu,
walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus
dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.
Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda
pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia
minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton
pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang
dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.
Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya
akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya,
perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan
seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari
segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.
Usia 40-an
Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya
akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam
perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka
sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan
sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.
* Perbaiki keterampilan bercinta
Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan
perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan
introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan
kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu
memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara
langsung.
Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak
bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan
pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang
dianggap boleh memberi tuah kepada anda.
* Elak bercinta selepas cerai
Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk
bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda
memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri,
misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut
tidak berulang kembali.
Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
nAdakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
nAtau adakah semua wanita materialistik?
nAdakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
nAdakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?
Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.
* Hati-hati dengan buah hati
Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan
membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh
yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru
kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa
jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.
Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak
tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan
rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa
diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan
muncul. - NOOR HASLIZA NUSI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)