Thursday, 17 May 2012
Dira Abu Zahar Direhatkan Daripada Melodi Oleh Pihak Pengurusan TV3
Dira Abu Zahar telah direhatkan daripada program
melodi oleh pihak pengurusan TV3 gara-gara insiden pergaduhan yang
melibatkan namanya sekitar April lepas.
Dalam pergaduhan itu, Dira dikatakan menyebabkan kecederaan parah
kepada wanita tersebut ekoran sedikit salah faham. Dan, laporan polis
telah dibuat bagaimanapun Dira menafikan penglibatan beliau dalam
insiden tersebut.
Lebih malang, Dira juga tidak dibenarkan pihak penerbit, Grand
Brilliance untuk terlibat dalam rangka promosi filem Chow Kit yang mula
ditayangkan pada 3 Mei 2012.
Selain itu, Dira memaklumkan bahawa kontrak program kendaliannya,
Melodi baru sahaja diperbaharui. Bagaimanapun, beliau tetap menerima
keputusan TV3 sekiranya kariernya bersama program itu ditamatkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)