Monday 7 May 2012

ILMU TASAWWUF #22

0 comments


PENGAJARAN YANG KE 22

"Al-Mawa’izd al-Badi’ah"
ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ
Berkata ALLAH Ta'ala: (Hai anak Adam), bermula maut itu membukai akan segala rahsiamu. Dan hari kiamat itu membaca surat kebajikan kamu. Dan azab itu membinasa ia akan kemuliaanmu. Dan apabila engkau berbuat dosa akan suatu dosa, maka jangan engkau tilik kepada kecilnya dan tetapi tilik oleh mu kepada Tuhan yang engkau berbuat maksiat akan dia.

Dan apabila diberi rezeki akan dikau akan suatu rezeki yang sedikit, maka jangan engkau tilik kepada sedikit dan tetapi tilik olehmu kepada Tuhan yang memberi rezeki akan dikau dengan dia. Dan jangan engkau hinakan akan dosa yang kecil, maka kerana bahawasanya engkau tiada ketahui di mana dosanya yang jadi murka-Ku atasmu. Dan jangan engkau sentosakan tipu Aku, maka kerana bahawasanya tipu Aku itu tersembunyi atas mu daripada tempat semut yang hitam pada malam yang kelam.

(Hai anak Adam), adakah engkau ingat akan marah-Ku, maka engkau berhenti daripada berbuat maksiat. Dan adakah engkau tunaikan akan segala yang Aku fardhukan atasmu seperti barang yang Aku suruhkan akan dikau? Dan adakah engkau beri akan hamba-Ku yang miskin daripada harta-Ku? Dan adakah engkau berbuat baik akan hamba-Ku yang berbuat jahat kepadamu? Dan adakah engkau mengampunkan akan hamba-Ku yang mengenai akan dikau? Dan adakah engkau sebutkan akan hamba-Ku yang memintang (memutuskan silaturrahim) ia akan dikau?

Dan adakah engkau sayangkan akan hamba-Ku yang berbuat khianat ia akan dikau? Dan adakah engkau berkata dengan hamba-Ku yang tiada mahu berkata ia dengan dikau? Dan adakah engkau tunaikan akan hak anakmu yang wajib atasmu nafkah? Dan adakah engkau redhakan qadha-Ku? Dan adakah engkau tanyai kepada segala ulama itu daripada segala pekerjaan agama dan dunia mu? Maka bahawasanya Aku tiada lihat kepada rupa kamu dan tiada Aku lihat kepada baik bangsamu tetapi Aku tilik kepada hati kamu.

Bermula yang kegemaran-Ku kepadamu itu dengan engkau mengerjakan akan segala perkara yang kepujian ini.

Leave a Reply

Labels