Monday 7 May 2012

ILMU TASAWWUF #23

0 comments



Pengajaran Yang Ke-23
"Al-Mawa’izd al-Badi’ah"
ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ

Berkata ALLAH Ta'ala: (Hai anak Adam), tilik olehmu kepada dirimu dan kepada sekalian makhluk-Ku, dan jika engkau dapat akan seorang yang mulia atasmu daripada dirimu maka iqrarkan olehmu kemuliaannya atasmu dan muliakan olehmu akan dirimu dengan taubat daripada segala dosa dan dengan mengerjakan akan segala amal yang soleh. Dan jika adalah dirimu itu indah atasmu, maka ingatkan olehmu akan ni'mat ALLAH Ta'ala atasmu dan akan janjinya yang dijanjikan akan kamu dengan dia.

Kerana telah kamu kata pada azali "kami dengar dan kami ikut akan suruh-Mu". Dan takut oleh kamu akan ALLAH Ta'ala dahulu daripada hari kiamat yang adalah qadar lima puluh ribu tahun, iaitu hari yang tiada kuasa berkata seorang jua pun dan tiada diberi izin bagi seorang minta ampun bagi mereka itu, maka menerima uzur mereka itu pada hari yang kelam-kabut dan hari yang berteriak dan hari yang masam muka segala manusia lagi sangat huru hara lagi terkejut segala manusia, iaitu hari yang tiada memerintah oleh seorang itu bagi seorang akan suatu jua pun.

Bermula segala pekerjaan pada hari itu bagi ALLAH Ta'ala iaitu hari sangat menyesal segala manusia lagi sangat keluh-kesah. Dan takut oleh kamu akan hari yang dalamnya itu runtuh segala bukit dan nyata segala balasan dan segera gelincir matahari dahulu daripada halilintar.

Dan neraka, iaitu hari yang menjadi tua di dalamnya itu segala kanak-kanak dan jangan ada kamu itu seperti mereka itu yang berkata mereka itu "kami dengar" padahal mereka itu tiada mendengar mereka itu seperti munafiq.

Leave a Reply

Labels