Monday 7 May 2012

ILMU TASAWWUF #25

0 comments




"Al-Mawa’izd al-Badi’ah"
ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ

Berkata ALLAH Ta'ala: (Hai anak Adam), bahawasanya syaitan itu seteru bagimu, maka jadikan olehmu akan dia itu seteru.

Dan ketahui olehmu bahawasanya hari kiamat itu berhimpunkan akan kamu di dalamnya kepada ALLAH Ta'ala padahal keadaan kamu itu berjama'ah-jama'ah.

Dan hadirkan akan kamu itu pada antara hadapan ALLAH Ta'ala hal keadaan kamu itu bersaf-saf padahal kamu baca akan kitab satu huruf kemudian satu huruf dan ditanyai akan kamu itu daripada barang yang kamu kerjakan di dalam dunia sama ada ia tersembunyi atau zahirnya pada hari itu dihimpunkan akan segala orang yang takut akan ALLAH Ta'ala kepada Tuhan yang bernama ar-Rahman padahal mereka itu berkenderaan dan Kami hulurkan akan segala mereka itu yang celaka itu kepada neraka jahannam padahal mereka itu berjalan.

Maka bahawasanya Akulah yang tiada menyerupai oleh suatu dengan Daku, dan tiada kekerasan seperti kekerasan­-Ku.

Barangsiapa puasa kerana-Ku pada masa di dalam dunia hal keadaan khalis (ikhlas) bagi-Ku nescaya Aku perjamukan akan dia dengan beberapa warna makanan yang berjenis-jenis di dalam syurga.

Barangsiapa memejamkan kedua matanya daripada yang Aku haramkan nescaya Aku sentosakan akan dia daripada api neraka, maka Akulah Tuhan yang memiliki akan sekalian alam, maka minta ampun oleh kamu daripada Aku. Dan aku jua yang memberi nikmat, maka syukur oleh kamu akan Daku.

Dan Aku jua yang memeliharakan, maka pinta peliharakan oleh kamu daripada Aku. Dan Aku jua yang menolong, maka minta tolong oleh kamu daripada Aku. Dan Aku jua yang mengampun, maka minta ampun oleh kamu daripada Aku. Dan Aku jua yang diqasad, maka qasadkan oleh kamu akan Daku. Dan Akulah yang Amat Tahu, maka takut oleh kamu akan Daku. Dan Akulah yang memadakan, maka minta oleh kamu daripada Aku. Dan Aku jua yang menunjuk; maka minta tunjuk oleh kamu daripada-Ku.

Leave a Reply

Labels