Friday, 18 May 2012
Populariti Bukan Perkara Penting Bagi Zizan Nin
Pelakon Zizan Nin menjelaskan tidak terlalu memikirkan tentang
populariti sebaliknya lebih selesa dengan kehidupan sederhana yang
dilaluinya hari ini.
Zizan berkata, apa yang lebih penting dia mahu mengekalkan kerjaya lakonannya dan bukan untuk mempertahankan populariti.
"Populariti itu boleh datang dan pergi dengan sekejap tetapi untuk
mengekalkan kerjaya itu adalah matlamat yang paling penting pada saya." katanya.
Zizan berkata, dia bertuah kerana berada di bawah pengurusan Aquila
Emas selama lapan tahun dan berjanji untuk terus bersama syarikat
berkenaan.
"Aquila Emas menyedarkan saya bahawa industri ini adalah serius dan
merupakan satu perniagaan dan bukannya untuk mengejar glamor atau
populariti semata-mata.
"Mereka tahu apa yang terbaik untuk saya dan sepanjang lapan tahun
bersama mereka saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana mereka
menjaga saya dengan baik," ujarnya.
Tambah Zizan, pihak Aquila Emas juga telah berjaya membawa kerjayanya
kepada satu tahap lain semenjak bermula sebagai pelakon pada tahun
1999.
Sementara itu, Zizan bakal berangkat ke Jakarta, Indonesia pada 22
Mei depan untuk berlakon dalam sebuah telefilem terbitan produksi di
negara itu.
Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia bakal muncul dengan filem Untuk Tiga Hari bersama Vanidah Imran dan Ainul Aishah pada bulan depan selain menunggu filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba iaitu Tanda Putera yang bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)