Thursday 17 May 2012

Shaheizy Sam Jadi Duta Mamee

0 comments

Bagaikan sesuai dengan karakter manja yang ada dalam diri Shaheizy Sam terhadap ibunya, Kathy Fauziah, pelakon "Adnan Sempit" yang mesra dengan panggilan Sam ini telah diangkat sebagai duta kepada produk makanan segera Mamee Slrrrp yang berlangsung pada Hari Ibu iaitu Ahad lalu.

Sam yang berasa amat bertuah dan berterima kasih dengan peluang diberikan memberitahu bahawa dia tidak pernah malu untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibunya di khalayak ramai.

"Saya berasa seronok apabila ada pihak yang melihat sisi positif saya. Saya amat menyayangi kedua ibu bapa saya terutamanya ibu yang merupakan tulang belakang jatuh bangunnya saya dalam industri ini," ujar Sam yang bakal menjangkau usia 30 tahun pada September akan datang.

Ditanya tentang apakah keistimewaan yang ada pada produk Mamee, Sam memberitahu, "Mamee bukan sahaja fokus dengan makanan yang terbaik untuk masyarakat. Namun mereka turut sama menitik beratkan nilai kemasyarakatan dan antaranya adalah kasih sayang terhadap keluarga."

Sam kini sedang sibuk dengan penggambaran filem "Adnan Sempit 3" yang bermula sejak bulan lepas.





Leave a Reply

Labels