Wednesday, 20 June 2012
10 Sifat Suami Mithali
1.
Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah
dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai
pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya
baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut
dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi
dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke
tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan
wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang
lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup
bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan
seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu
bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau
membuat kerja atau masa kecemasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































