Friday, 22 June 2012
Batu Ferringhi
Atau nama lainnya “Batu Orang Asing” tempat ini telah menarik ramai
personaliti di zaman silam. Laksamana Portugis Alfonso D’Albuquerque
singgah di Batu Feringghi pada 1511 sebelum belayar ke selatan untuk
menakluk Melaka.
St. Francis Xavier singgah di sini pada 1545 dan Kapten James Lancaster
yang membuka Syarikat Hindia Barat mendarat di Batu Ferringhi pada
1600.
Pada hari ini, pasangan yang ingin berbulan madu memilih
untuk tinggal di resort-resort atau melakukan aktiviti sukan air bersama
di tepi pantai yang indah. Bawalah isteri atau suami berjalan-jalan di
kedai antik atau galeri seni, dan pergi menikmati ikan bakar Penang yang
enak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































