Friday, 22 June 2012
Cherating
Pernah terkenal sebagai syurga “backpackers” Cherating memiliki tarikan
yang tersendiri. Pantai yang panjang dihiasi pohon-pohon kelapa yang
melambai dan rumah-rumah nelayan.
Senario yang mengusik jiwa apatah lagi
jika anda sudah lama tidak ke kampung halaman, tambahan orang-orang
kampung di sini ramah belaka.
Disamping berbulan madu anda dan pasangan
boleh cuba membuat batik sendiri atau belajar seni menyulam menggunakan
daun pandan untuk dijadikan topi dan bakul.
Jika anda berkunjung pada
Julai hingga September anda mungkin berpeluang melihat penyu-penyu hijau
datang bertelur di Pantai Chendor. Cherating terletak kira-kira 30
kilometer dari utara Kuantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































