Wednesday, 20 June 2012
Earphone Custom: a1 Custom Single Driver
Ini earphone yang betul-betul ‘custom‘ sebab
tidak mengikut bentuk earphone popular masa kini dimana kebanyakannya
muncul dalam bentuk bulat, ia juga tidak memilki mikrofon atau butang
kawalan bunyi pada kabel. Silikon adalah bahan utama digunakan untuk
setiap set earphone A1 Custom Single Driver ni, setiap
kali dimasukkan ke lubang telinga ia terasa lembut apabila bersentuhan
dengan kulit. Terasa selesa. Tidak menyakitkan telinga apabila mendengar
muzik melalui earphone ini berjam-jam lamanya terutama ketika baring
atau bersandar pada kerusi kereta. Dengan penggunaan silikon sebagai
bahan utama, bunyi bising dari luar dapat di halang masuk, menjadikan
bunyi yang terdengar bebas dari gangguan dunia luar. Apabila bass
dihidupkan, frekuensi kedalaman bunyi akan benar-benar terasa
seolah-olah sekumpulan orkestra berdiri dibelakang Anda memainkan muzik
mengikut playlist peribadi. Tidak heranlah kenapa earphone A1 Custom Single Driver
ni ditawarkan pada harga tinggi bagi sebuah gajet kecil diperbuat dari
bahan plastik dan berwayar nipis. Harga jualanya adalah $499 Dolar
Amerika bersamaan RM1,500. Sesetengah pembeli akan
menutup mata saat menjumpainya lalu mengatakan earphone pasar malam dah
kira OK yang penting dapat mendengar bunyi. Namun berbaloi kerana
kualitibagus, silikon menjadikannya tahan diguna untuk beberapa tahun
akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































