Tuesday, 19 June 2012

Fadhilat Bulan Rejab

0 comments






Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda :-

"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka:

i) Barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia  
    mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT


            ii) Barangsiapa yang berpuasa dua hari akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT


iii) Barangsiapa yang berpuasa tiga hari, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari 
      bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih 
      di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya 
      syaitan dan dajjal.

iv) Barangsiapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaanya akan dimakbulkan 
      oleh ALLAH SWT


v) Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu 
     neraka Jahanam dan barangsiapa berpuasa lapan hari maka dibukakan lapan pintu 
     syurga.

vi) Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan 
      mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua 
      kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari
      puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."



Sabda Nabi SAW : "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.: "Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini?. Maka berkata Jibril a.s.: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini".


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :-

"Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya kepada baginda "Ya Rasulullah SAW, mengapakah anda menangis?" 

Lalu baginda bersabda : "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka".



Sabda baginda lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur".



Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda baginda: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."



Leave a Reply

Labels