Wednesday, 20 June 2012
Lawak: Lembu Punya Tali
Hujan lebat berserta kilat telah membuat kami berempat basah kuyup.
Tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah joran kami. Kami pulang ketika
hari hampir gelap. Kami singgah dan berehat untuk mengeringkan pakaian
di kaki lima kedai yang sudah tutup. "Black Out" telah menyebabkan
suasana malam dan persekitarannya bertambah gelap .Tiba-tiba kedengaran
bunyi sesuatu berhampiran kami . Seorang rakan segera menyiasat .
Laaaaaaa .... ada seekor anak lembu yg terlepas dari ikatan sedang makan
rumput. Aku segera ambil hujung talinya lalu mengikatnya dikaki bangku
panjang yang kami duduki. Tujuannya agar anak lembu tak boleh lari jauh .
Tidak
lama kemudian seorang rakan kami Abu namanya singgah untuk berteduh.
Dia pun berehat sama di bangku tersebut. Selang seketika dia terasa
bangku itu bergerak-gerak .... bingkas dia bangun ....
ABU : Weiiii ... korang rasa tak sesuatu ??
AKU & ALI : Eh .. mana ada ... tak adalah !
HARUN : Alahhh Abu ... kami ikattt...(aku segera cuit peha rakan itu supaya diam)
REMY : Ko ni abu ... penakutlah .. mana ada apa-apa !
ABU : Iya.. betulllll.. aku rasa tadi ! Bangku nie bergerak-gerak ...
AKU : (sambil bangun) Ko jangan main-main Abu ... ni malam jumaat ni .. hujan gerimis + kilat lagi ... (aku mula buat cerekarama)
ALI : (bangun jugak) Kitaorang dari tadi kat sini ... takde apa-apa pun yang berlaku.. (mula main wayang)
Tiba-tiba
bangku bergerak lagi. Aku dan Ali buat-buat terperanjat. Harun terus
bangun konon terkejut. Bangku bergerak agak lama. Remy buat-buat
melompat . Kami berempat bangun buat-buat terperanjat !! Tiba-tiba ...
si Abu ....
ABU : (spontan & kuat ) ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR.. ALLAHHHHH ... ALLAHUAKBAR ALLAHHHU... AKBAR..(laungan azan)
Kami
berempat punyalah sakit perut dengan AKSI spontan si ABU tuu ... lalu
kami tunjukkan dia tali lembu yang kami ikat kat bangku tuu ... so ...
bangku gerak-gerak pasal anak lembu tu tarik ! Si Abu .. terus gi tengok
anak lembu tu .. lepas tu dia BELAH ghitu ajer meninggalkan kami yang
tergolek-golek ketawa !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































