
Wednesday, 20 June 2012
Teknologi Baru dari Google: Google Glass
Google Glass merupakan kaca mata canggih memuatkan
dua teknologi utama di dalamnya – akses pantas ke informasi terkini
melalui capaian internet dan perkongsian maklumat ke media sosial pada
masa nyata. Semua ini dipaparkan di interface kaca mata itu. Matlamat utama Google
akan untuk memudahkan informasi menjadi sesuatu yang mudah diakses
kemudian memudahkan sesiapa sahaja berkongsi informasi itu dengan orang
lain.
Melalui Google Glass, penggunanya boleh mendapat
akses pantas ke ramalan cuaca terkini, suhu persekitaran, pencarian arah
dan lokasi melalui Google Maps, carian informasi lanjut melalui Google
Search, bacaan berita terkini melalui Google News, kesemuanya dipaparkan
di layar permukaan augmentasi cermin tembus pandang diletak di hadapan
mata pengguna seperti cermin kaca mata. Google Glass
direka sebagai gajet canggih yang memberi respon kepada arahan
pemiliknya sama ada dalam bentuk arahan suara juga arahan kinetik
melalui pergerakan tangan.
Buat masa ini, Google Glass masih di peringkat prototaip dan masih diperbaiki dari semasa ke semasa. Anda boleh ikuti perkembangannya di laman rasmi projek ini. Sebastian Thrun menjadi pekerja Google pertama tampil di khalayak umum dengan memakai Google Glass,
gambarnya saat memakai Google Glass diambil ketika menghadiri rancangan
temubual popular di Amerika, The Charlie Rose Show. Namun, Sergey Brin
yang merupakan pengasas Google, merupakan orang pertama memakai Google Glass di khalayak ramai ketika menghadiri satu sesi perjumpaan di Palace Hotel di San Francisco, bahkan Robert Scoble turut menjadi saksi ‘kejadian’ itu.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)