Thursday, 21 June 2012
Tips Keluarga Bahagia
Di awal perkahwinan semuanya terasa
indah. EQ kedua-dua pengantin masih di tahap yang tinggi lantaran masing-masing
cuba bertoleransi dalam setiap situasi dan cuba untuk memahami dan mengenali
pasangan dengan lebih baik lagi.
Namun, masalah akan muncul bila sikap sebenar mula
timbul. Orang putih kata, that’s the true colour. Ego, pemarah, panas baran, tak sabar, pemalas, kedekut,
pengotor, dan segala macam sikap mazmumah lagi.
Jadi tips untuk kekalkan kebahagiaan
rumahtangga ialah:
1.
Sentiasa bersyukur
Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita
seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur
akan Aku tambah nikmat-Ku.
2.
Kawal emosi dan
bermujahadah
Bersabarlah,
jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa
bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca Al-Quran dan
jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik
sangka dengan pasangan.
3.
Muhasabah diri
Selalu minta
ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari
membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan
dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi
atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































