Wednesday, 20 June 2012
Xperio Miro keluaran Sony Ericson
Setelah melakukan promosi melalui laman Facebook, akhirnya hari ini Sony
Mobile telah pun melancarkan peranti terbaru mereka menggunakan Android
4.0 Ice Cream Sandwichh, iaitu Xperia Miro. Peranti yang disasarkan
untuk 22 Jun telah dipercepatkan melalui kempen sosial yang diadakan
melalui halaman Facebook mereka.
Melalui Xperia Miro, ia membawakan skrin sentuh bersaiz 3.5-inci,
kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan video 30fps, kamera hadapan
untuk panggilan video, dan cip pemprosesan 800 MHz, dan juga bateri
1500mAh padanya.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah peranti ini
bakal dilancarkan di Malaysia. Mungkin maklumat lanjut berkaitan
dengannya bakal diketahui pada acara Sony Mobile yang bakal diadakan
pada minggu hadapan di Singapura.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































