CUKA KURMA /KHAL bukanlah bermaksud cuka sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang atau pun cuka buatan yang dibuat masakan dalam makanan. KHAL adalah suatu bentuk minuman kesihatan badan yang mempunyai banyak khasiat. KHAL dapat memenuhi kehendak tubuh badan dan mempunyai keberkesanan yang maksimum. Ianya adalah bersifat alkali (lawan kepada asid).
KHASIAT CUKA KURMA /KHAL MENURUT PERUBATAN ISLAM
Pemilihan buah tamar untuk dibuat CUKA KURMA /KHAL adalah kerana khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim (terjemahannya): Terdapat di dalam hadis sahih daripada Rasulullah SAW : “Sesiapa yang makan tujuh biji buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz, tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat daripada bisa, racun dan sihir pada hari itu.” Dan juga dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya 2046, hadis Nabi SAW (terjemahannya): Bahawa Baginda SAW bersabda: "Apabila sesuatu rumah tidak ada tamar maka penghuninya akan kelaparan (kurang sihat)."
Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
1) Campur dengan segelas air suam dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…
Walau apa cara yang dipilih, CUKA KURMA /KHAL hendaklah diminum dua kali sehariselepas sarapan pagi dan malam sebelum tidur.
Nabi SAW (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar
disembuhkan penyakit yang dialami.
Untuk menyedapkan dan menghilangkan rasa masam KHAL,
campurkan ½ sudu teh madu sebelum minum.
Secara saintifik, CUKA KURMA /KHAL adalah minuman yang kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda). Peranan potassium menjadikan kulit tegang, tidak berkedut, dan mencegah garis-garis halus di muka. Potassium juga berguna untuk kecerdasan, tidak letih dan malas bergerak serta kelihatan riang. KHAL rasanya seperti cuka, tetapi tidak berbahaya kepada tubuh. KHAL adalah minuman beralkali yang dapat mengimbangkan asid dalam badan serta mengembalikan keseimbangan pH dalam tubuh. KHAL juga kaya dengan vitamin C, E, B1, B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). Diperlukan sebagai agen pembersih badan, menyingkirkan bakteria negatif, kuman, bau badan serta bersifat memulihkan semua organ penting tubuh. KHAL juga dapat memotong lemak, kolesterol, asid-asid yang tidak diperlukan badan (menstabilkan), mengurangkan kandungan gula yang membawa kepada kencing manis (diabetes), mengurangkan garam yang berlebihan yang menjadi punca masalah tekanan darah tinggi yang membawa kepada strok atau lumpuh, badan terketar-ketar, lupa, nyanyuk dan lain-lain.
CUKA KURMA /KHAL sangat diperlukan tubuh kerana penggunaan KHAL secara rutin (jangka masa panjang) dapat mengurangkan keperluan kita berjumpa doktor, tidak membazir wang, masa dan tenaga serta pentingnya kelihatan sihat dan dapat beribadat kepada Allah dengan baik, segar, dan awet muda. KHAL adalah pemangkin kesihatan yang utama sejak berkurun lamanya sepertimana disebutkan dalam kitab perubatan Islam klasik, moden dan buku-buku perubatan barat.



































