Dalam kes-kes pertumbuhan gigi yang lebih kompleks, tempoh pemakaian pendakap gigi menjadi lebih lama.
Pada minggu pertama pemasangan pendakap gigi, anda akan merasa janggal seakan mulut terasa penuh tetapi ia hanya sementara. Selepas pendakap dibuka anda perlu memakai `retainer' yang boleh ditanggalkan. Pemakaiannya hanya untuk tempoh satu tahun dengan enam bulan pertama ia perlu dipakai siang dan malam. Enam bulan selebihnya `retainer' hanya dipakai pada sebelah malam sahaja. Ia perlu untuk mengekalkan kedudukan gigi baru yang terhasil selepas menggunakan pendakap gigi.
Kepentingan Gigi Primer (gigi susu)
Gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh dan dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih.
Penjagaan Gigi Sendiri
* Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.
* Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan atau berkumurlah dengan air.
* Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur gigi.
* Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan (mulakan pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.
* Jangan menguyah ais, pen atau pensil.
* Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.
* Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau.
* Kawal pengambilan makanan bergula, ia menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan menghakis gigi.


































