Saturday, 27 April 2013
Herba
Tumbuh-tumbuhan herba memang penting
dalam Perubatan Melayu. Justeru tidak hairan lah ia terbukti dapat
menyembuhkan pelbagai penyakit, insyaAllah. Namun, khasiatnya juga mampu
memberi kesan kepada kecantikan.
Sememangnya kehadiran semak
samun atau tumbuhan di dalam kawasan rumah kita adalah sesuatu yang kita
tidak gemari. Untuk membersihkannya kita akan mencabut atau lebih
menyenangkan lagi kita akan meracunnya. Tetapi pernahkah kita sedar
bahawa semak samun itu mengandungi tumbuhan herba yang boleh dijadikan
ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan.
Antara tumbuhan herba yang dapat
kita temui dikawasan rumah kita ialah keremak, dukung anak, kematikan,
tutup bumi, kacang kelo, cempaka, stevia, talin, bakawali dan aerva
lantasjus. Manakala akar kayu pula ialah rumput samboi, cendawan susu
rimau,ubi jaga dan dahan raja kayu. Kesemua tumbuhan herba ini adalah
warisan masyarakat kita yang menjadi amalan turun temurun sejak dahulu
lagi.
Firman Allah S.W.T Maksudnya ".......
dan (ingatlah satu bukti lagi) engkau melihat bumi itu kering, kemudian
apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan
tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta
ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai." (Surah Al-Hajj : Ayat 5)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































