Thursday, 23 May 2013

Bilik Tidur Kecil Tampak Luas?

0 comments



Bilik Tidur Kecil Tampak Luas?

Warna Pastel
Kebanyakkan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik. Warna pastel ini adalah warna-warna yang lembut, warna cair dan pucat. Iaitu, warna yang dicampur dengan warna putih yang banyak .

Perabot Dan Penstoran
Pemilik kediaman selalunya ingat perabot yang kecil boleh memberikan bilik tidur kita nampak besar. Sebenarnya tidak, ia hanya menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak.  Lebih baik mempunyai perabot yang penting sahaja seperti katil, almari pakaian, meja solek beserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sahaja. Selain itu, perabot jenis multipurpose dapat membantu bilik tidur kita . Contohnya, katil yang bawahnya mempunyai build-in storage atau meja solek yang boleh dijadikan meja kerja.

Cermin
Cermin merupakan satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, standing mirror atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.

Percahayaan
Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi  yang tedapat pada tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir. Jika cahaya lampu siling tidak  menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai.

Aksesori Dekorasi
Aksesori dekorasi jenis  kemasan cermin atau stainless steel membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas. Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding  itu nampak besar.  Inilah yang telah disarankan oleh Nate Berkus, pakar design untuk rancangan The Oprah Winfrey Show dan hos rancangan The Nate Berkus Show.





Leave a Reply

Labels