Friday, 17 May 2013

Cara Untuk Mengelakkan Rasa Sakit Pinggang

0 comments



Cara Untuk Mengelakkan Rasa Sakit Pinggang

KASUT FLAT
Semua sudah sedia maklum, kasut tumit tinggi boleh menyebabkan sakit pinggang, tapi ternyata kasut flat juga begitu.Untunglah kerana bukan semua kasut flat begitu, melainkan hanya yang bertapak super tipis seperti ballet-style flat shoes. Ini adalah kerana tapaknya yang tipus itu tidak mampu untuk menyokong tekanan langkah kaki kita dengan baik.Kalau badan dah berisi, sudah pastilah tapak yang nipis tak mampu untuk menampung berat badan tersebut.Malah ia turut memberi tekanan terhadap kaki anda nanti. Dalam masa yang sama tulang pinggang turut bekerja keras. Jadi, secara idealnya anda harus memilih ketinggian tapak flat shoes sekitar 2.5cm dan diperbuat daripada bahan yang mampu menampung badan dengan baik.


GUNALAH HANDSFREE
Ketika ‘bergayut’ telefon dengan kekasih, pastilah ia akan tersepit di antara bahu dan telinga jika pada waktu itu anda sedang sibuk melakukan sesuatu, kan?Biasalah tu, kan..?? tetapi, tahu kah anda bahawa sikap tersebut telah memaksa tulang belakang meregang melebihi batas maksimalnya. Akibatnya, pinggang pada bahagian atas akan terasa sengal. Ketika sibuk, lebih baik manfaatkan handsfree ok!


TEGAPKAN BADAN
Duduk berjam-jam menelaah buku memang memenatkan dan membuat pinggang menjadi tegang. Betul tak? Soalnya, tekanan pada tulang belakang pada saat anda duduk 40% lebih besar berbanding anda berdiri. Selain itu, tulang belakang juga menjadi lemah kerana jarang digunakan.Untuk mengatasinya, setiap 30 minit anda harus bangun berjalan-jalan untuk meregangkan otot-otot tersebut. Contohnya, berjalan di sekitar bilik, taman atau buat minuman petang untuk keluarga tersayang.





Leave a Reply

Labels