
Friday, 17 May 2013
Gaya Sederhana
Bergaya Sederhana
Ramai orang di luarsana yang sering kali menganggap bahawa bergaya memerlukan wang yang banyak. Hakikatnya, banyak lagi cara untuk kamu terus menjadi kreatif dalam menghiasi dirimu dengan kadar yang paling sederhana. ikuti tip menarik dari REMAJA.
1) Beli pakaian sewaktu adanya jualan murah. Tidak kiralah sama ada di pusat membeli belah ataupun gudang.
2) Beli secara online. Ramai yang masih tidak tahu sebenarnya barang yang dijual melalui online jauh lebih murah berbanding di dalam kedai. Ia bukan sahaja murah, malah mengikut trend dan peredaran masa.
3) Flea Market kini semakin menjadi trend di kalangan remaja. konsep flea market ini sangat sesuai bagi mereka yang mencari aksesori dan pakaian yang murah kerana ia dijual dengan harga yang berpatutan.
4) Jadilah seorang yang kreatif! Apa kata kamu hiaskan semula baju-baju lama kamu dengan tambahan manik, sulaman, corak, starded atau apa sahaja yang boleh memberi impak dan rupa baharu.
5) Untuk nampak bergaya, tidak semestinya kamu memrlukan barang yang baharu sahaja. kamu juga boleh padankan baju baharu dengan yang lama juga. jadi tak perlulah kamu berhabis duit kan?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)