Saturday, 11 May 2013

Hanya 3 Jam!

0 comments



Gincu Rihanna Habis 3 jam 

Dalam masa tiga jam sahaja, gincu terbaru MAC hasil kerjasama dengan Rihanna 'RiRi Woo' telah habis terjual pada hari ia mula dipasarkan pada Jumaat lalu.

"#SOLD OUT!! Stok pertama habis dijual! Stok seterusnya pula akan keluar pada bulan Jun! Peminat MAC tidak sabar!" Tulisnya di laman Twitter beliau baru-baru ini. 

Tona warna yang dinamakan RiRi Woo iatu merupakan versi dari gincu Ruby Woo yang merupakan kegemaran ramai. Ianya juga merupakan produk kosmetik Rihanna yang pertama. 

"Sepanjang bekerjasama dengan MAC, memang sukar untuk mendapatkan gincu merah yang lebih baik dari Ruby Woo kerana ianya sesuai dengan semua jenis warna kulit," ujar Rihanna yang turut mengakui bahawa beliau mendapatkan pertolongan rakan-rakannya untuk menghasilkan warna gincunya itu. 

Selain gincu RiRi Woo, produk kosmetik Rihana yang diberi nama RiRi Hearts Mac akan turut dipasarkan termasuk pembayang mata, berus mekap serta bulu mata palsu.





Leave a Reply

Labels