Friday, 17 May 2013

Penjagaan Rambut Bagi Lelaki

0 comments



Tips Penjagaan Rambut Bagi Lelaki

SYAMPU
Memang wajib untuk lelaki bersyampu setiap hari. Tetapi jangan sangka setiap syampu sesuai untuk setiap jenis rambut. Andai rambut lelaki jenis berminyak, elak syampu khusus untuk rambut kering, akibatnya rambut akan bermasalah dan kusut. Pastikan kandungan bahan serta kesesuaian syampu mengikut rambut dan kulit kepala.



PERAPI

Memang lelaki diakui jarang menggunakan perapi sebaliknya lebih selesa menggunakan syampu saja. Namun, ada kebaikannya menggunakan perapi terutama apabila sudah menggunakan pelbagai krim serta gel pada rambut hingga menjejaskan kulit kepala. Lelaki juga patut tahu, andai kulit kepala mereka sihat, nescaya rambut juga berada pada tahap terbaik.



MINYAK RAMBUT
Semakin banyak pengeluar produk berteraskan rambut jenis terbaru seperti wax, clay dan berteraskan minyak berbanding gel. Hasilnya tetap sama tetapi ia setidaknya memberi impak lebih baik pada rambut kerana hanya disapukan pada permukaan atas stuktur rambut.



GEL RAMBUT
Tidak salah untuk bergaya. Apatah lagi untuk menggayakan fesyen rambut terpacak dan beralun, tetapi lelaki juga harus sedar penggunaan produk sampingan seperti gel bermakna kulit kepala diliputi oleh lapisan kandungan bahan yang membuatkan kulit kepala tidak bernafas. Oleh itu, pastikan penggunaan berpada-pada dan hanya untuk acara penting.





Leave a Reply

Labels