
Friday, 10 May 2013
Risiko Menghidapi Penyakit Jantung
Apa agaknya yang anda fikirkan jika salah
seorang daripada adik beradik anda didapati menghidapi penyakit jantung?
Tentunya anda terfikir adakah anda turut berisiko menghidapi penyakit yang sama
bukan? Untuk memastikannya, ikut beberapa panduan dibawah:
Risiko anda
diserang penyakit jantung boleh meningkat hingga tiga kali ganda apabila dan
berusia 30 tahun ke atas. Selain itu, anda berisiko untuk menghidapnya jika
anda mempunyai salah seorang ahli keluarga yang menghidap penyakit yang sama.
Keluarga yang dimaksudkan adalah ayah, ibu dan saudara kandung.
Salah satu
penyebab penyakit jantung menular dalam keluarga adalah keadaan genetic yang
disebut Hypertrophic Cardiomyopathy (HCM). Hal ini menyebabkan otot jantung
menjadi tebal. Penebalan otot tersebut akan menghalang aliran darah keluar dari
jantung ketika anda sedang melakukan aktiviti. Akibatnya, ia boleh
mengakibatkan kematian mendadak, bahkan pada orang yang tidak memiliki gejala
sama sekali.
Riwayat keluarga
memang tidak boleh anda kendalikan. Tetapi, anda boleh mencegah dan menurunkan
kadar risikonya dengan mengatur pola makan anda, melakukan olahraga secara
rutin dan teratur serta mengurangkan kadar stress anda. Jangan lupa, sentiasa
hubungi doctor anda dan melakukan pemeriksaan jantung secara rutin bagi
memastikan ia berada di tahap yang baik.
Kebanyakan orang berusia di bawah 50 tahun
menganggap kerjayanya sering menimbulkan stress. Ini menjadikan kemungkinan
mereka terkena serangan jantung naik sehingga 70 peratus, jika dibandingkan
dengan mereka yang lebih santai memandang pekerjaan mereka. Tidak diragukan
lagi, stress boleh menimbulkan perubahan biokimia di dalam tubuh yang akhirnya
boleh member kesan terhadap kesihatan jantung anda.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)