Sunday 9 June 2013

Impian Kahwin Berkecai

0 comments

Foto


Impian Kahwin Berkecai

“Beberapa minit sebelum kejadian, saya sempat menghubungi tunang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanya khabar sebelum ia terhenti secara tiba-tiba.

Begitu kata Muhaimin Omar, 23, tunang kepada Noor Izzati Rusli, 21, yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, dekat sini, malam kelmarin. Kemalangan itu sekali gus mengakibatkan impian pasangan berkenaan untuk melangsungkan perkahwinan Mac depan tidak kesampaian.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 malam, Noor Izzati yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Aman, Masjid Tanah maut apabila Proton Saga BLM dipandu hilang kawalan sehingga merempuh pili bomba dan tiang elektrik sebelum terbalik.

Muhaimin berkata, dia yang menyangkakan SMS itu terhenti kerana Noor Izzati tertidur, terkejut selepas dihubungi seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan kejadian itu.





Leave a Reply

Labels