Sunday, 2 June 2013

Jazeman Raih Petak Ketiga

0 comments



Jazeman Raih Petak Ketiga Formula Renault

Pelumba Malaysia, Jazeman Jaafar meneruskan momentum podium di Monaco apabila berjaya merebut petak ketiga selepas mencatat masa ketiga terpantas pada sesi Kelayakan 1 Pusingan 4 Kejuaraan Siri Dunia Formula Renault 3.5 di Litar Spa-Francorchamps, Belgium, semalam. 

Walaupun aksi kelayakan bermula lewat selepas ditangguh selama dua jam akibat kabus tebal menyelubungi kawasan litar, aksi Jazeman yang beraksi bersama pasukan Carlin tidak terjejas sama sekali apabila berjaya mencatat masa terpantas 1:59.641s yang dilakukan pada pusingan terakhir sesi Kelayakan 1. 

Kevin Magnussen (Dams) bakal bermula di petak pertama selepas mencatat masa terpantas 1:58.868s tatkala Antonio Felix Da Costa (Arden Caterham) meraih petak kedua dengan catatan 1:59.241s. 

Ini satu permulaan yang baik. Semuanya berjalan lancar seperti dirancang dan mudah-mudahan saya dapat meneruskan rentak seperti ini bagi menghadapi Perlumbaan 1, jelas pelumba berusia 20 tahun itu. 

Mengulas lanjut, Jazeman berkata Ketika sesi latihan bebas semalam (kelmarin), kami gagal mempamer aksi terbaik kerana masih belum menemui pelarasan yang paling sesuai. Walaupun sudah biasa dengan litar ini, namun ini adalah musim pertama saya dalam kejuaraan ini, jadi masih banyak yang perlu saya belajar tentang jentera baru ini. 





Leave a Reply

Labels