Sunday, 2 June 2013

Michelle Yeoh Kini Tan Sri

0 comments



Michelle Yeoh Kini Bergelar Tan Sri

Aktres Malaysia kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Beliau yang turut dikenali sebagai “wanita Bond” itu menerima anugerah itu semasa istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara, hari ini.

Yeoh turut berlakon sebagai watak utama dalam filem terbarunya, ‘The Lady’ yang memaparkan kisah hidup pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Dalam pada itu, majlis istiadat dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dengan panji-panji diraja.

Istiadat yang berlangsung buat kali kedua di Istana Negara baharu di Jalan Duta itu menyaksikan Seri Paduka berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada 1,574 penerima.





Leave a Reply

Labels