Sunday, 9 June 2013

Serena Juara Terbuka Perancis

0 comments

Serena  takluk Roland Garros


Serena Juara Terbuka Perancis

Pemain nombor satu dunia, Serena Williams merangkul kejuaraan keduanya di Terbuka Perancis malam tadi, 11 tahun selepas kejuaraan pertamanya apabila menundukkan juara bertahan Maria Sharapova dari of Russia 6-4 6-4 pada aksi final perseorangan wanita. 

Pada usia 31 tahun 247 hari, pemain Amerika Syarikat itu yang memenangi kejuaraan pertama Roland Garros pada 2002, menjadi pemain paling tua menjulang Piala Suzanne Lenglen itu sejak tenis beralih kepada era profesional pada 1968, selepas mengetepikan cabaran pemain pilihan kedua itu. Rekod sebelum ini milik Chris Evert yang melakukannya pada 1986. 

Serena kini mengumpul 16 kejuaraan grand slam, hanya kurang dua daripada Chris Evert dan Martina Navratilova yang terikat di kedudukan keempat paling banyak memenanginya. 

Bagi Sharapova, ia adalah kekalahan ke-10 berturut-turut kepada lawannya itu, dengan kali terakhir mengecap kemenangan ke atas Serena ialah pada 2004 ketika final Wimbledon dan Kejohanan WTA ketika berusia 17 tahun. 

Pada perlawanan malam tadi, Serena bermula perlahan tetapi berjaya bangkit mematahkan servis lawan tiga kali pada set pertama. Dia meraih mata kemenangan pada set kedua melalui servis ace, pada aksi yang berlangsung satu jam 46 minit itu.  

“Ia begitu sukar hari ini. Selepas 11 tahun (sejak kemenangan terakhir), kini saya memenangi 16 (kejuaraan Grand Slam),” kata Serena dalam bahasa Perancis. 

“Saya mahu kembali ke sini tahun depan kerana saya menyukai Paris dan orangnya. Saya mahu menang lagi di sini. Saya menghabiskan banyak masa di sini (di Paris)... dan memikirkan untuk menjadi warga Paris.” 

Sharapova pula berkata: “Saya bermain baik dalam kejohanan ini tetapi hari ini berdepan lawan yang sukar. Serena bermain begitu baik tahun ini dan sepanjang tahun lalu. Tapi gelanggang ini mempunyai banyak memori indah buat saya, menang tahun lalu begitu mengujakan dan untuk menjadi seorang daripada dua pemain terakhir tahun ini adalah membanggakan.” - AFP





Leave a Reply

Labels