Sebenarnya fenomena orgasma dan ejakulasi adalah dua perkara berasingan. Oleh itu ejakulasi tanpa orgasma atau sebaliknya memang wujud. Perlu difahami, penghayatan orgasma berlaku seawal peringkat kanak-kanak lagi. Anggota kelamin kanak-kanak yang terangsang membolehkannya mencapai orgasma tetapi tidak membabitkan pancutan air mani. Namun, apabila tiada rasa nikmat atau klimaks ketika ejakulasi, seseorang lelaki akan mula bimbang kerana menganggap ia tidak normal.
Malah, lelaki sukar menerima fenomena itu berlaku pada diri sendiri kerana mereka sukar memahami dan pada masa sama sukar menceritakan perkara itu kepada orang lain (akibat rasa malu). Uniknya masyarakat kita, apabila sesuatu perkara yang tidak masuk akal berlaku seperti ejakulasi tanpa orgasma, biasanya akan menganggap ia buatan orang (terkena sihir atau ilmu hitam).
Mengikut statistik, kurang satu peratus fenomena ejakulasi tanpa orgasma. Ini bermakna ia memang wujud tetapi jarang berlaku.