Nilai sesuatu hubungan adalah mengenai bagaimana anda berkongsi saat masa bersama. Walaupun anda mungkin tidak bersetuju dengan semua perkara, apa yang lebih penting adalah mengenai teras kepercayaan anda dalam hubungan.
Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan bahawa tidak pernah berselisih faham bersama pasangan lelaki. Soal pergaduhan bukanlah masalah utama, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana lelaki tersebut mengawal pergaduhan. Adakah anda berpuas hati?
Manusia tidak hidup dalam keadaan sendirian, masing-masing ada komuniti yang tersendiri. Begitu juga anda, selain pasangan, pasti ada orang lain yang lebih penting. Adakah anda menggemari cara pasangan anda melayan orang yang turut penting dalam kehidupan anda?
Sekiranya anda dapat merasakan suatu keistimewaan walaupun dalam masa yang sama mereka perlu turut melayan orang lain, ia menunjukkan bahawa anda adalah orang penting dalam kehidupan mereka.
Bagaimana mereka mendengar pendapat atau luahan isi hati anda walaupun mereka sendiri tidak menyetujui dengan apa yang anda luahkan?
Sekiranya mereka hanya memberikan beban kepada anda, ia bermakna mereka bukanlah lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.