Monday, 20 June 2011
Kurang Tidur Punca Gemuk
Makin Gemuk Bila Kurang Tidur
Beban kerja di rumah dan di pejabat menyebabkan ramai wanita hari ini kekurangan tidur. Biarpun begitu ramai yang tidak mengendahkan akan perkara ini. Asalkan dapat tidur, sudah cukup baik. Sebolehnya janganlah dibiarkan perkara ini berlarutan keranan kekurangan tidur hanya akan merugikan tubuh anda sendiri
Sekiranya jumlah tidur selama lapan jam tidak dipenuhi, fungsi tubuh akan terganggu. Anda mula akan sukar fokus pada apa yang anda lakukan, tekanan darah meningkat, diabetes bahkan mungkin juga menyebabkan kanser.
Kurang tidur juga boleh menganggu fungsi kerja tubuh dalam menghasilkan hormone pertumbuhan yang tugasnya memperbaiki sel-sel yang rosak. Dengan kata lain, wajah anda akan dihiasi dengan kedut-kedut.
Disamping menganggu kesihatan dan penampilan, kurang tidur juga menyebabkan diri cenderung untuk makan kudap-kudapan. Oleh itu mereka yang sedang berdiet, perhatikanlah waktu tidur anda. Makan kudap-kudapan ini pastinya akan membesarkan lagi ukur lilit pinggang anda.
Selain itu kekurangan tidur akan turut menyebabkan penurunan penghasilan sebanyak 20 peratus. Akibatnya mulut tidak mahu berhenti menguyah. Jarum timbang juga sudah pasti mudah bergerak ke sebelah kanan.
Sumber : Perpustakaan Negara
Dari meja pengarang : dalamcantik.com
Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)