Friday, 17 June 2011
Rahsia Kasih Sayang
20 Rahsia Semarakkan Kasih Sayang Suami Isteri
1) Amalkan untuk bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
2) Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ‘I love u’ sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum masing-masing masuk tidur.
3) Sekiranya terpaksa berpisah lebih dari sehari misalnya bertugas ke luar daerah,t ambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir pula. Wow!!.Pasti anda dan pasangan akan saling rindu-riduan sepanjang perpisahan!!
4) Sentiasa mencari peluang untuk makan tengahari bersama. Misalnya bagi pasangan yang sama-sama bekerja. Pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.
5) Walau sibuk, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali sehari biarpun sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan di pejabat/rumah.
6) Sebelum berangkat ke tempat kerja, cium,tangan suami, manakala suami pula cium lah dahi isteri.
7) Jangan rasa geli atau segan berkongsi makanan dan minuman bersama pasangan.
8) Sesekali apa kata lakukan kejutan untuk pasangan seperti membeli pakaian yang seksi yang disukainya.
9) Walaupun mungkin anda tidak sukakan rancangan kegemaran pasangan anda, apa salahnya menemani mereka walau pun sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting, anda ada di sisi.
10) Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumahtangga hinggalah politik semasa sebelum tidur, ketika berduaan di dalam bilik. Tiada gangguan daripada anak-anak.
11) Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang di antara suami isteri.
12) Amalan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepas solat.
13) Jika berlaku pertengkaran, jangan biar berlarutan walau untuk 1 jam sekali pun apatah lagi berhari-hari lamanya!
14) Sentiasa berdoa dan memohon kepada Yang Esa supaya kebahgiaan akan terus menyelubungi anda dan pasangan.
15) Apa jua masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
16) Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras menyara keluarga.
17) Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumahtangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
18) Apa salahnya jika anda menukar penampilan untuk menarik perhatian pasangan. Misalnya memotong rambut dan sebagainya.
19) Senda gurau dalam rumahtangga amat penting. Kongsi cerita lucu supaya anda dapat ketawa bersama-sama.
20) Jangan berhenti berusaha untuk berubah demi kebaikan bersama. Tidak kira berapa pun usia perkahwinan anda.
Sumber : Perpustakaan Negara
Dari meja pengarang : dalamcantik.com
Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)