Wednesday, 22 June 2011

Mandi Wiladah

0 comments



Mandi Wiladah ertinya mandi wajib selepas melahirkan anak. Sebahagian para ilmuwan dari kalangan Mazhab al-Syafi'e berpendapat wanita yang melahirkan anak tanpa darah nifas, maka wajib ke atasnya Mandi Wiladah. Sebaliknya jika wanita melahirkan anak diikuti dengan darah nifas, maka wajib ke atasnya mandi selepas suci dari darah nifas.
Namun sebahagian ilmuan lain menyatakan bahawa mandi wajib ialah satu ibadah dan sesuatu ibadah hendaklah dilaksanakan berdasarkan dalil-dalil agama. Mandi kerana junub, suci dari haid, suci dari nifas dan sebagainya memiliki dalil-dalil agama yang mewajibkannya. Manakala mandi kerana melahirkan anak tanpa pendarahan tidak memiliki dalil maka ia tidak wajib mahupun sunat untuk dilaksanakan. [Syaikh Abdul Karim Zaidan – Ensaiklopedia Fiqh Wanita, jld. 1, ms. 156].




Sumber : Perpustakaan Negara

Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).

Leave a Reply

Labels