Friday, 17 June 2011
Menentukan Jantina Anak
Faktor-faktor di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu memilih jantina mengikut kaedah semulajadi iaitu :-
Faktor Makanan
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang berasid. Jika anda mahukan anak lelaki, pihak suami perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil banyak makanan beralkali.
Makanan beralkali terdiri daripada makanan seperti sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain.
Faktor Masa
Selalu melakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika anda lakukan perkara sebaliknya iaitu bersama selepas sahaja selesai haid, anda mungkin akan mendapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.
Faktor Kedalaman
Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya jika ingin mendapatkan anak lelaki. Alasan? Gen X (Lelaki) dan Gen Y (Perempuan) mempunyai ciri yang berbeza.
Faktor Kemuncak
Faktor kemuncak pun penting dalam cara memilih jantina. Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai ke kemuncak dulu sebelum isteri. Hal ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Tetapi jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, mungkin anda akan mendapat anak lelaki.
Faktor Persediaan (Isteri)
Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika anda mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.
Faktor Kedudukan
Siapa kata kedudukan ketika bersama tidak penting dalam pemilihan jantina anak? Suami di bawah manakala isteri di atas pula sedikit sebanyak dapat membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan iaitu suami di atas manakala isteri di bawah pula akan membantu mempercepat mendapatkan anak lelaki.
Selamat Mencuba.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)