Friday, 17 June 2011

Hak Seorang Isteri Dalam Islam

0 comments



Apa yang sepatutnya isteri dapat dan apa yang sepatutnya suami beri kepada isteri. Isteri atau menantu adalah tanggungjawab suami. Tetapi jika suami tidak mampu menjalankan tanggungjawab, maka ibubapa mertua perlu menjalankan tanggungjawab tersebut. Bila ia melibatkan hak isteri dari segi kebajikan dan nafkah bulanan serta kos membesar dan menghantar anak-anak (cucu) ke sekolah.
 
Nafkah batin adalah hanya menjadi tanggungjawab suami untuk beri kepada isteri. Hakikatnya memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah adalah tanggungjawab SUAMI bukan isteri. Tetapi jika isteri membantu atau melakukan peranan suami seperti memasak dan lain. Maka ini dipanggil suami berhutang kepada isteri.

Setidaknya isteri perlu diberikan nafkah batin 40 hari sekali. Jika tidak isteri boleh menuntut fasakh kepada mahkamah. Ramai keliru diantara hubungan seks dan kepuasan seks. Ramai pasangan yang melakukan hubungan seks hanya mencapai kenikmatan sebelah pihak. Kebiasaanya suami sahaja. Jika ini berlaku suami belum lagi memberikan hak isterinya menurut islam.

Bersambung siri 2 .....



Sumber : Perpustakaan Negara

Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).



Leave a Reply

Labels