Saturday 24 September 2011

Buasir Ketika Hamil

0 comments



Hemorrhoids atau buasir ialah varicose veins (salur darah yang bengkak teruk di kawasan lubang dubur). Pembengkakan ini boleh mengakibatkan rasa gatal dan sakit sehingga menyebabkan pendarahan. Kadang-kadang, salur darah bengkak sehingga terkeluar dari lubang dubur lalu menyebabkan kesakitan yang teruk.

Buasir sering terjadi semasa hamil dan sesudah melahirkan anak. Jika wanita mengalami sembelit dan buasir sebelum hamil, risiko mengalami buasir semasa hamil dan selepas melahirkan adalah sangat tinggi. Semasa hamil tekanan ke atas salur darah dari paras abdomen ke bawah meningkat kesan berat kandungan yang menyebabkan salur darah membesar dan membengkak.

Selain itu, semasa hamil hormon progesterone banyak dihasilkan hingga mengakibatkan salur darah mudah mengembang dan membengkak. Hormon ini juga boleh menyebabkan sembelit yang memburukkan lagi buasir. Sesetengah wanita mendapat buasir semasa tahap kedua kelahiran.

Beberapa kaedah berikut boleh membantu melegakan buasir seperti menggunakan ais untuk mengurangkan bengkak atau tuam dengan air suam bagi mengurangkan sakit. Elak daripada menggunakan tisu untuk megeringkan lubang dubur selepas membuang air besar. Gunakan gel pelincir semasa membuang air besar.
Dapatkan krim berubat untuk melegakan inflamasi dan ubat tahan sakit bagi mengurangkan sakit. Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, ambil lebih serat dan minum banyak air untuk mengelakkan sembelit. Jangan melengahkan membuang air besar. Lakukan senaman Kegel secara berkala. Dapatkan nasihat doktor jika semua cara di atas tidak berkesan atau berlaku pendarahan yang teruk semasa membuang air besar.




Leave a Reply

Labels