Monday 26 September 2011

Keselamatan Wanita

0 comments


Ketika ini, penjahat lebih banyak mengancam wanita. Mengapa??? Sebab para penjahat cenderung berfikir bahawa perempuan dilihat sebagai mangsa yang lemah. Berikut ialah beberapa panduan yang anda perlu ambil bagi menjamin keselamatan anda :-


1) Cobalah peka terhadap suara hati

Biasanya kita cenderung mengabaikan suara hati, tidak dihiraukan jika ingin melakukan sesuatu. Rasa yang tidak elok, serta perut yang tiba-tiba tegang tanpa sebab atau rasa berdebar aneh, adalah peringatan alami untuk memberitahu akan ketidakpastian. Hal ini terjadi bukan tanpa sebab. Anda boleh menghindari kejadian buruk jika anda memberikan tindakbalas terhadap perasaan yang anda alami tersebut.


2) Selalu Waspada

Jika anda ingin ke apa-apa majlis dan bertemu orang-orang baru, tidak menjadi masalah. Tetapi ingat, tidak semua orang yang ada di sana anda ketahui latar belakangnya. Adalah lebih baiknya anda tetap berwaspada. Jangan tinggalkan minuman anda dan terimalah minuman dari orang yang benar-benar anda kenali untuk menghindari hal-hal yang tidak anda ingini. Walaupun begitu, sebaiknya anda membawa teman yang boleh menjaga anda dari orang-orang asing yang mungkin akan menggangu.


3) Merencanakan perjalanan secara cermat

Jika anda ingin melakukan perjalanan, baik dalam bandar atau luar bandar fikirkanlah segala kemungkinan. Tinggalkan pesanan dan tujuan kemana anda pergi pada orang-orang di rumah. Pastikan anda mempunyai nombor telefon sedara mara terdekat untuk dihubungi dalam keadaan darurat. Sekiranya anda harus menaiki teksi, catat nombor plat teksi dan nama pemandu teksi tersebut. Jangan naik teksi di tempat gelap atau tempat agak terpencil. Jika anda di hotel, pilihlah bilik yang dekat dengan lift atau tangga jika boleh. Ceklah dahulu seluruh bilik sebelum anda masuk ke bilik tersebut.


4) Jangan berikan akses kepada pengintip

Perkara ini sering dialami perempuan adalah diintip orang yang tidak dikenali. Anda harus hati-hati dalam perjalanan pulang. Jika anda merasa diikuti seseorang, pergilah ke tempat yang mempunyai ramai orang, atau terus ke balai polis berdekatan. Jangan panik, yang penting anda sudah tahu apa yang harus anda lakukan.





Leave a Reply

Labels