Sunday 2 October 2011

Cegah Hamil Demi Kesihatan

0 comments
Bicara Agama




Soalan

Kami sudah mempunyai empat anak dan saya kini sedang hamil anak kelima. Saya berusia 34 tahun dan sekarang saya rasa sudah tidak larat untuk mengandung lagi buat kali keenam. Adakah islam membenarkan seseorang itu untuk mengikat saluran peranakan?


Jawapan

ISLAM membenarkan pencegahan kehamilan dalam keadaan tertentu antaranya apabila kehamilan mendatangkan kemudaratan kepada ibu atau ibu ada penyakit terutama membabitkan rahim.

Menjarakkan kehamilan juga dibenarkan bagi memulihkan kesihatan ibu, biasanya antara dua tahun.

Mengikat saluran peranakan (tiub falopio) menerusi kaedah ‘tubal ligation’ dibenarkan apabila ia benar-benar perlu dan mendapat nasihat daripada doktor Muslim. Ini kerana ia berkemungkinan mendatangkan keburukan kepada ibu pada masa akan datang.

Selain itu, boleh juga difikirkan kemungkinan menggunakan kaedah lain bagi menjarakkan kehamilan.Adalah lebih baik untuk membuat temu janji dengan doktor pakar bagi mendapat nasihat mengenai perkara terbabit.





Leave a Reply

Labels