Sunday 2 October 2011

Risau Seks Ketika Hamil

0 comments

Pakar Sakit Tuan




Soalan

Isteri kini sedang hamil anak pertama kami dan sekarang usia kandungan mencecah 7 bulan. Masalahnya isteri inginkan hubungan seks tetapi saya bimbang akan menjejaskan kandungan kerana takut terkena bayi di dalamnya.

Selain itu, saya sering menggunakan pelincir kerana keadaan kemaluan isteri yang kering. Adakah ia mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada bayi kami.


Jawapan

Siapa tidak sayangkan isteri, lebih-lebih lagi ketika dia hamil dan suami menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga.

Bayangkan keadaan pasangan yang sudah lama berkahwin dan isteri hamil lewat, sudah tentu kehamilan itu sungguh bernilai bagi mereka.

Ada suami sanggup menghentikan hubungan seksual kerana bimbang ia akan menjejaskan kandungan dan isteri. Konfliknya apabila si isteri pula mengidamkannya.

Isteri anda tahu kandungannya berjalan lancar. Malah, doktor yang memeriksanya juga tidak menyatakan apa-apa yang perlu isteri dan anda bimbangkan.

Jika berlaku sesuatu pada kandungan, sudah tentu isteri akan memberitahu anda dan dia tidak akan memujuk anda untuk bersetubuh.

Hubungan intim dapat meningkatkan silaturahim antara anda dan isteri, termasuk juga bayi dalam kandungan. Oleh itu, anda boleh menggunakan posisi mengikut keselesaan isteri serta tidak memberi tekanan kepada kandungan selagi doktor tidak melarang anda melakukannya.

Mengenai penggunaan pelicin pula, anda boleh menggunakannya jika perlu. Semua jenis pelicin jeli selamat digunakan.

Namun bagi sebilangan wanita, kehamilan dapat membuka pintu syahwat dan mukosa faraj mudah mengeluarkan rembesan pelicin yang akan membantu merancakkan hubungan kelamin. Jika ini berlaku, tak perlu gunakan pelicin lagi.



Sumber : Dr. Ismail Thamby

Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).




 

Leave a Reply

Labels