Monday 24 October 2011

Malu Kahwin Payudara Kecil

0 comments
Pakar Sakit Puan




Soalan

Saya menghadapi masalah payudara saya sangat kecil. Ini membuatkan saya malu apatah lagi jika saya mahu berkahwin dengan saiz payudara sebegini.

Adakah sebarang jalan penyelesaian untuk masalah saya ini ? 


Jawapan

Faktor keturunan dan pemakanan boleh mempengaruhi saiz payudara. Mempunyai payudara kecil tidak bermakna anda tidak dapat menyusukan anak kelak.

Saiz payudara boleh membesar sewaktu kehamilan dan menerusi pengambilan hormon tertentu. Namun kesan negatif hormon ini untuk jangka masa panjang perlu difikirkan.

Begitu juga pembedahan ada ditawarkan, tetapi biarlah setelah mendapat penjelasan doktor pakar pembedahan plastik.


Lazimnya doktor akan bertanyakan tujuan sebenar pembedahan. Seseorang yang ingin mengubah keadaan atau saiz payudara sama ada ingin membesarkan atau sebaliknya mengecilkan payudara perlu berbincang dengan doktor mengenai tujuan dia ingin berbuat demikian.


Contohnya, pembedahan itu sebagai tarikan seks umum, mengembalikan perhatian seseorang, untuk keyakinan diri dan seumpamanya kerana terdapat kemungkinan saiz payudara yang diperoleh bukanlah seperti yang diharapkan, matlamat masih tidak tercapai serta keyakinan diri masih begitu. Anda juga mungkin ingin mendapat-kan pandangan ulama atau fatwa mengenai hal ini.




Sumber : Doktor Adilah Ahmat                    
                   
                 Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan/IVF, 
                 Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).






Leave a Reply

Labels