Monday 24 October 2011

Perlu Rangsang Supaya Cergas

0 comments
Pakar Sakit Tuan




Anggota kelamin manusia sama seperti bahagian tubuh badan lain iaitu ia mempunyai peranan tertentu. Jika peranan itu dilaksanakan atau ‘diusik’, anggota itu berfungsi dengan baik dan cergas.

Jika gagal, ia menjadi kurang aktif dan tidak bermaya. Dulu, anda merangsang anggota kelamin dan mendapati ia aktif dan cergas. Kini anda kurang melakukannya, oleh itu anggota kelamin anda kelihatan tidak bermaya dan jika ereksi ia tidak aktif seperti dulu.

Bagi golongan lelaki, perkara ini adalah biasa dan dijangka. Namun, ia bukan punca penyakit. Apabila lelaki berumah tangga, anggota sulitnya memainkan peranan sepatutnya. Dengan adanya pasangan di sisi, perasaan teruja akan memuncak dan memudahkan anda mencapai ereksi lebih padat.

Ini perkara biasa dan ia mengikut seruan ‘syahwat’ yang terbentuk secara semula jadi untuk semua lelaki muda yang berdamping dengan wanita idaman. Justeru, tentu anda dapat memainkan peranan dengan cukup baik, lebih-lebih lagi apabila menerima galakan dan motivasi daripada pasangan.

Bagaimanapun, jika peranan itu gagal, anda berasa seperti kurang keghairahan untuk melakukan hubungan seks, perasaan jemu untuk berhubungan, tidak berminat dan sebagainya.

Pada masa sama, perkara ini membuatkan pasangan, sama ada lelaki atau wanita, kurang berminat untuk melakukan hubungan kelamin. Jadi, alat sulit yang memainkan peranan itu tidak ‘diusik’ dan ia menjadikan hubungan suami isteri tawar.




Sumber : Dr. Ismail Thamby

Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).





Leave a Reply

Labels