Monday, 14 November 2011

Cara Bahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim

0 comments


Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.


1) Berani berinisiatif
 
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya.

Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.


2) Menghias Diri
 
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dalam bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.


3) Rapikan Kamar Tidur
 
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk bercinta dengan anda.


4) Bersifat Aktif
 
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..

Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.


5) Penuhi Kehendaknya
 
Dalam bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.


6) Tidak Statik
 
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.


7) Bersikap Sopan
 
Ketika bercinta, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk bercinta.


8) Tidak Mengungkit Kelemahannya
 
Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.


9) Tidak Mengeluh
 
Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.


10) Jangan Banyak Berbual
 
Anda mungkin seorang yg suka berbual. Tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dalam menikmati percintaan terjejas.


11) Bersifat Terbuka
 
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta. Katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap sebegini akan menambah semangat suami dalam bercinta.


12) Beri Pujian
 
Setelah selesai bercinta, jangan lupa utk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. Dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.





Leave a Reply

Labels